Scroll ke bawah untuk maklumat homestay & harga
Kolam Renang
Anak-anak main air di bahagian cetek, mak ayah berenang di sebelah. Tak perlu kejar masa, boleh mandi 24 jam.



Halaman Rumah
Sampai saja, anak-anak dah boleh bermain di halaman yang lapang. Parkir pun senang, luas dan berpagar.


Pantai
Nak ke pantai tak perlu naik kereta. Jalan kaki cuma 2 minit, 180m dari villa (jarak sebenar di Google Maps).

Soopa Doopa & Permainan
Yang kecil leka main Soopa Doopa, yang dewasa lawan pool table, atuk pula main carrom dengan cucu.


Taman Tropika
Alam yang hijau di sekeliling rumah memberi ketenangan. Duduk santai di bangku taman pun dah rasa healing.









BBQ & Ruang Luar
Bukan BBQ biasa. Bakar-bakar satu family dalam suasana hutan tropika, makan sama-sama di meja kayu panjang.




Ruang Tamu & Karaoke
Layan Netflix di TV yang besar dengan saiz 65 inci, ditambah pula sound system yang sedap, ibarat macam dalam panggung wayang. Lepas tu sambung karaoke, siap boleh duet.





Ruang Makan
Selesa makan sambil berbual dalam ruang yang fully aircond. Baju berkedut pun tak jadi hal sebab ada steam iron.



Dapur
Bercuti pun boleh masak lauk kegemaran family. Dapurnya cantik dan lengkap, siap air fryer dan oven.





Bilik Tidur
Penat bermain seharian, malam boleh tidur lena. Ada 5 bilik tidur dengan keselesaan katil yang setaraf hotel 5 bintang.






Bilik Air
Ada 3 bilik air, pagi-pagi kurang berebut. Mandi puas dengan air panas dan paling penting, tekanan air yang laju.




Tangga & Sudut Rumah
Setiap sudut rumah dihiasi elemen bumi yang buat hati rasa damai. Cantik juga untuk bergambar satu family.



Kemudahan Di Villa Lavenda
Ruang Tamu
- Ruang tamu fully aircond
- High speed Unifi
- 4K Smart TV yang besar dengan saiz 65 inci, lengkap dengan Netflix dan YouTube Premium
- Sony Surround Home Theater (TV besar dengan bunyi speaker yang sedap, layan Netflix ibarat macam dalam panggung wayang 🍿)
- Karaoke dengan 2 microphone
Ruang Makan
- Ruang makan fully aircond
- Meja marble dengan 8 kerusi
- Steam iron & iron board
Dapur
- Penapis air Coway, air fryer, microwave, fridge, oven
- Rice cooker, stove, cooking hood, blender
- Periuk, sodek, penyepit, pinggan mangkuk, gelas, sudu garfu
Hanya peralatan memasak disediakan. Bahan masak (beras, minyak, telur, gula dan sebagainya) tidak disediakan.
Bilik Tidur
- 5 bilik tidur
- Bilik 1 👉 1 Queen + 2 Single (Double Decker)
- Bilik 2 👉 1 Queen
- Bilik 3 👉 1 Queen
- Bilik 4 👉 1 Queen
- Bilik 5 👉 2 Single (Double Decker)
- Tuala disediakan di setiap bilik (12 helai kesemuanya)
- Jumlah bantal yang disediakan adalah 24 biji
Permainan & Ruang Luar
- Soopa Doopa untuk kanak-kanak
- Pool table, foosball, chess, carrom
- Kolam renang dewasa & kanak-kanak
- Ruang BBQ dengan BBQ pit
- Meja makan panjang kayu solid berukir dengan 12 kerusi
- Halaman berkonsepkan hutan tropika
- Parkir berpagar yang luas
Lokasi Berdekatan
- Pantai: 180m, 2 minit jalan kaki
- Pok Nong Celup Tepung: 2 minit (celup tepung no.1 paling famous di Terengganu)
- UniSZA dan UMT: 6 minit
- Drawbridge: 14 minit
- Pasar Payang: 18 minit
Nak cari bahan basah? Senang sangat!
🐟 Pasar nelayan hanya 500m dari villa, kalau nak jalan kaki pun boleh je. Setiap pagi boleh beli ikan, udang dan sotong segar terus daripada nelayan.
🛒 Dalam radius 5km ada banyak kedai runcit dan kedai frozen. Nak beli arang untuk BBQ atau bahan masak pun tak ada masalah.
Apa Kata Guest
Gambar boleh diedit, iklan boleh dibayar. Tapi review sebenar daripada tetamu yang pernah menginap, itu yang tak boleh dibuat-buat.
★★★★★ 4.8 star rating di Google Review
Jom kita tengok apa kata mereka yang dah menginap di Villa Lavenda.
Harga sewa untuk satu villa
- Harga semalamanRM1,498
- Cuti sekolahRM1,798
- Cuti umum & peak seasonRM1,998
Tarikh weekend dan cuti sekolah memang cepat penuh, so better booking cepat-cepat sebelum terlepas tarikh yang anda nak 😆
Tapi untuk NOVEMBER sahaja
RM750/ malam
Harga promosi khas untuk tarikh November sahaja.
Tekan button WhatsApp di bawah 👇
WhatsApp untuk booking⚠️ Awas Scammer Homestay
Aktiviti scam homestay sedang berleluasa di Kuala Terengganu. Mohon berhati-hati:
- Semua urusan booking hanya melalui nombor
011-3615 6558 sahaja. - Semua pembayaran hanya melalui akaun AmBank rasmi Villa Lavenda Management. Tiada akaun lain atau akaun personal akan diberikan.
Jika anda berurusan dengan nombor atau akaun selain daripada ini, ketahuilah anda sedang berurusan dengan scammer.
